+Follow
Bubble Glitters
"Seandainya orang fahami bahawa hati itu tak boleh dipaksa" ★
Wednesday, March 20, 2013, 12:51 AM , 0 Bubbles

Assalamualaikum.. Hai guys :) Mesti masing-masing tak sabar nak cuti sekolah kan..maklumlah cuti seminggu pulak tu, mesti dah planning macam-macam. Sabar sabar sabar ! 2 hari lagi :D

Hati bersangkut dengan pelbagai perasaan yang tak boleh dipaksa, ia akan lahir dalam diri kita dengan sendirinya. Kalau dipaksa samalah dengan kita menghancurkan hati kita sendiri, kesannya kita juga yang akan menderita pada akhirnya. *Chewahhh amyra, keluar habis ayat madah kata O.o

Menolak cinta orang, haa ingat senang? Nak menolak cinta orang yang mencintai kita dan berharap pada kita tu tak semudah macam buat kek coklat tau dak. ehh? hehe, lari topik.. Dalam masa yang sama kita kena fikir untuk jaga hati perasaan orang, yaa la takda sapa pun yang mahu dikecewakan kan.. tambah-tambah pulak kalau orang tu kawan yang terdekat dengan kita, bagi yang boleh terima tu takpa la bagi yang tak boleh terima tu boleh putus persahabatan jawabnya.
Perasaan cinta,menyukai dan menyayangi tak akan lari dari diri kita.. Saya sedar
 tu, tapi saya tak salahkan awak kawan, walaupun awak sendiri pun tak mau perasaan tu wujud tapi nak buat macam mana semua tu kehendakNya. Saya tau semua kawan-kawan kita bela awak, sampai sanggup marah saya hanya kerana bela awak..mungkin dimata mereka saya lah orang yang paling kejam  tak berhati perut sebab tak nampak cinta awak tak terima awak. Tak mengapa :) Mungkin awak dan mereka semua tak pernah berada di tempat saya..kalau satu saat nanti awak dan mereka berada di tempat saya awak akan tau yang cinta tu tak boleh dipaksa, masa tu baru semua akan faham apa yang saya rasa. Saya tau awak ambil tau segala pasal saya, tapi tolong jangan buat macam tu kalau awak sendiri yang akan sakit hati..Salahkah kalau saya bahagia ? Dari situ mula lah awak perli saya dengan ayat kari berapi wow meletup tu sampaikan sedikit pun tak fikir perasaan saya. Macam tu kawan-kawan awak cakap suka ? Tak dapat apa yang kita nak tak bermakna harus menyakiti.. Tipu lah kalau saya cakap saya tak terkilan.

Kalau awak rasa sikap awak yang sekarang akan membuatkan awak benci saya, awak teruskan..dengan cara macam tu mungkin akan membuatkan awak lenyapkan perasaan tu.


Mencintai seseorang tak bermakna harus memiliki , kadang-kadang tak semua apa yang kita nak itu kita akan dapat.
<--Older Post | Newer Post-->



Links ★
Blogwalking Here
i'm Myra Wahidah...do follow me yeah :) keep smile