+Follow
Bubble Glitters
26 bertemu kembali 26 ★
Wednesday, November 26, 2014, 7:39 AM , 0 Bubbles


Assalamualaikum... Lama tak mengupdate blog..



Huh mood sayu datang kembali bila ingat tarikh hari ni 26. Satu penipuan aku dapat 8 bulan lepas dapat panggilan katanya ayah pengsan punyalah pecuttt buat macam jalan sendiri sampai-sampai dekat kebun ayah dah terbaring dengan topi tutup muka tanpa bernafas lagi tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Perasan marah tu memang ada masa tu sebab kena tipu wehhh kena tipu sapa tak marah kan tapi mungkin mereka buat macam tu sebab tak nak keluarga arwah terkejut. Mengejut dia pergi tanpa sakit apa2 sebelum ni hanya sebab sesak nafas masa uruskan kebun.


Kadang-kadang lalu depan masjid ni rindu tak mampu ditepis teringat motor vespa putih dia selalu parking tepi pagar masjid. Ada peluang kadang-kadang hati minta dituruti berjemaah atau solat di masjid ni tak tau lah kenapa.... mungkin sebab rumah Allah buat aku dekat dengan arwah.


Dari dia kita datang kepadanya kita kembali. Redha dengan ketentuanNya. Harap kami sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus berdoa buat arwah ayah disana. Amin.. AL-FATIHAH..

11 June 2013 ★
Monday, June 10, 2013, 10:25 AM , 0 Bubbles


GOOD MORNING 11 JUNE GUYS ! 
 Especially buat birthday girl kat bawah ni :')



*ayuhhh kita nyanyi sikit :P

Happy birthday to you, happy to youuuu
happy birthday to pretty girlssss
happy birthday to you :')


Apa-apa pun , 
Selamat bertambah SATU angka 
yaa Saudari Niesa. hehehe

Semoga dipelihara, dilindungi olehNya dan dikuatkan iman
 dalam menghadapi liku-liku kehidupan

Insyaallah, AMIN............



Wooooo! ada orang tu nak bermandikan 
tepung dah hari ni. Alahaiiii kecian dia
hahahahaha *gelak jahat
Kononnya takmo keluar rumah katanya
Pirahhhhhhhhh!  


Kahkah sudah cukup sudah gelakkan dia,
karang tak pasal bebai pulak kawan tu..
*Ehhh aku ni dok gelak kat orang tengah-2 pagi macam
ni macam esok tak sekolah pulak kan


Okayyy cukup sampai sini *tarik selimut mahu beradu :D


Luahan RINDU Sang Perindu ★
Monday, June 3, 2013, 2:11 AM , 0 Bubbles




Hai sumerrrrr! :D
Wahhh pejam celik pejam celik
3 hari dah bulan Jun hadir..
Entry kali ni den nak asah 
bakat terpendam sikittt.. Ecehhhh :P
Haha .. Budak sastera la katakan
Sasterakah saya? Ntah lerrr O.o


 

PUISI RINDUKU 

Pabila rindu mula menyapa ,
   Hati kelu untuk berbicara ,
Seolah bumi sepi tanpa angin bertiupan ,
   Seperti pantai kehilangan ombaknya ,

Egoku ....
   Egomu ...
Menjadi saingan ,
   Memendamkan rasa rindu di hati

Bibir tersenyum indah ,
   Hati tercalit duka ,
Lara di hati ,
   Perik seterik matahari memancarkan
              cahayanya

Hati ini sangat merindu ,
Merindukanmu wahai "Si Garangku" 



Cukup sudah cukup sikit-sikit merosakkan
ayat sebelum air jernih mengalir. Haha
*buat teruk aku ni..
Ecehhh sebenarnya den takda lah mengasah
bakat, nak luahkan isi hati kata orang. hihihi :D
Kalau Cikgu Suzana*cikgu sastera kls wa*
 baca ni maunya dia luku kepala aku
sambil berkata aku "gataiiii"
hehehe.. maaf dipinta cikguuu!

















Wednesday, May 8, 2013, 10:41 AM , 0 Bubbles

Selamat Pagi 09.05.2013 :) 
Cepatnya masa berlalu, sekarang 
dah pun bulan 5.. Ish ishh !
Haaa jangan tak sedar pulak yaa ! Hehe 
*ecehh sesuka hati den ja dok peringatkan orang :P

Sebut pasal tarikh hari ni, hari ni merupakan hari lahir
insan yang paling ku hormati sayangi junjungi..
Ehemmmmmm suspens dakk? haha 
Jeng jenggg ! :D
*Sabar sabarrrr :p


SELAMAT HARI LAHIR PERUBAT
 PENAWAR PERGEMBIRA HATI. 
semoga panjang umur 
murah rezeki 
dilindungi olehNya
Aminnnnn....




Tarangggggg ! Ni lah insan yang ku
maksudkan tadi, IBUNDA KU :)

Adik harap mama semakin tabah yaa dalam menghadapi dugaan dan ujian dariNya.


 Loveeee you mom :)







"Seandainya orang fahami bahawa hati itu tak boleh dipaksa" ★
Wednesday, March 20, 2013, 12:51 AM , 0 Bubbles

Assalamualaikum.. Hai guys :) Mesti masing-masing tak sabar nak cuti sekolah kan..maklumlah cuti seminggu pulak tu, mesti dah planning macam-macam. Sabar sabar sabar ! 2 hari lagi :D

Hati bersangkut dengan pelbagai perasaan yang tak boleh dipaksa, ia akan lahir dalam diri kita dengan sendirinya. Kalau dipaksa samalah dengan kita menghancurkan hati kita sendiri, kesannya kita juga yang akan menderita pada akhirnya. *Chewahhh amyra, keluar habis ayat madah kata O.o

Menolak cinta orang, haa ingat senang? Nak menolak cinta orang yang mencintai kita dan berharap pada kita tu tak semudah macam buat kek coklat tau dak. ehh? hehe, lari topik.. Dalam masa yang sama kita kena fikir untuk jaga hati perasaan orang, yaa la takda sapa pun yang mahu dikecewakan kan.. tambah-tambah pulak kalau orang tu kawan yang terdekat dengan kita, bagi yang boleh terima tu takpa la bagi yang tak boleh terima tu boleh putus persahabatan jawabnya.
Perasaan cinta,menyukai dan menyayangi tak akan lari dari diri kita.. Saya sedar
 tu, tapi saya tak salahkan awak kawan, walaupun awak sendiri pun tak mau perasaan tu wujud tapi nak buat macam mana semua tu kehendakNya. Saya tau semua kawan-kawan kita bela awak, sampai sanggup marah saya hanya kerana bela awak..mungkin dimata mereka saya lah orang yang paling kejam  tak berhati perut sebab tak nampak cinta awak tak terima awak. Tak mengapa :) Mungkin awak dan mereka semua tak pernah berada di tempat saya..kalau satu saat nanti awak dan mereka berada di tempat saya awak akan tau yang cinta tu tak boleh dipaksa, masa tu baru semua akan faham apa yang saya rasa. Saya tau awak ambil tau segala pasal saya, tapi tolong jangan buat macam tu kalau awak sendiri yang akan sakit hati..Salahkah kalau saya bahagia ? Dari situ mula lah awak perli saya dengan ayat kari berapi wow meletup tu sampaikan sedikit pun tak fikir perasaan saya. Macam tu kawan-kawan awak cakap suka ? Tak dapat apa yang kita nak tak bermakna harus menyakiti.. Tipu lah kalau saya cakap saya tak terkilan.

Kalau awak rasa sikap awak yang sekarang akan membuatkan awak benci saya, awak teruskan..dengan cara macam tu mungkin akan membuatkan awak lenyapkan perasaan tu.


Mencintai seseorang tak bermakna harus memiliki , kadang-kadang tak semua apa yang kita nak itu kita akan dapat.
Ketidakpuasan Hati Manusia ★
Monday, February 4, 2013, 9:30 AM , 0 Bubbles
Hai.. ASSALAMULAIKUM.. Malam ni nak story morry sikit berkaitan tajuk di atas, tumpang tangan tengah rajin menaip ditambah pulak dengan mood bunga-bunga + sakit hati+++. Hanya kesabaran menemani hatiku dikala ini :')
Kadang-kadang tak faham juga dengan sikap segenlintir manusia, ada saja yang tak kena.. Yang tak boleh tengok orang bahagia pun ada, yang tak boleh orang lebih sikit pun ada sedangkan orang lain tak pernah ganggu awak pun.. Ishh macam-macam lah!  Maybe dia jealous agaknya *nak sedapkan hatiku* Tapi kalau yaa pun nak jealous berpada-padalah la sikit :P control okay? control ! Anda mampu melakukannya, chaiyokkk! Ngee :'(
Tak semua benda yang kita lakukan secara tersembunyi tu orang lain tak boleh kesan. Haaaa ! Jangan ingat orang tak tau, sepandai-pandai topai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. So mohon pihak berkenaan tu hati2 yaa.. *tak perlu dinyatakan nama, sapa makan cili dia yang terasa bahangnya* Jangan ingat orang diam tu tak berani, tahap kesabaran kita pun ada hadnya.. 
Orang lain pun ada hati perasaan seperti mana awak, jangan pentingkan diri sendiri k :') 

P/s : Sekali dah tawar hati susah untuk dimaniskan lagi :')







20/12/2012 Kesedihan dalam kenangan ★
Thursday, December 20, 2012, 5:55 AM , 0 Bubbles
Assalamulaikum.. Sedihnya hati hanya tuhan yang tau.
  
Hari ini kami semua dikejutkan dengan satu berita buruk, salah seorang sahabat yang kami sayangi telah kehilangan ayahnya buat selama-lamanya. Ayahnya telah kembali ke rahmatullah petang tadi akibat sakit teruk yang dialami. Arwah sangat menderita kesakitan di hospital sejak beberapa minggu lalu. Arwah seorang yang baik orangnya tapi tuhan lebih menyayanginya. Al-Fatihah.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..
 
 Takziah buat awak sekeluarga. Kami semua turut merasa kehilangannya. Bersabarlah wahai sahabat, tuhan lebih menyayangi arwah. Tabahkan hati, setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri. Allah menguji kita setakat mana kemampuan kita. Selagi kita bergelar manusia selagi itulah kita diuji. Kita semua kepunyaan Allah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
   Jangan pudarkan senyuman dibibir awak, tersenyumlah sekalipun dilanda kesedihan :')




Links ★
Blogwalking Here
i'm Myra Wahidah...do follow me yeah :) keep smile